Keadaan kereta mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu, petang tadi.
MACHANG - Enam maut termasuk dua kanak-kanak dan seorang bayi berusia enam bulan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Bunut, dekat sini kira-kira jam 4. 20 petang, di sini hari ini.
Maklumat awal Kemalangan membabitkan kereta Myvi dan Proton Saga itu mengorbankan empat sekeluarga, Irwan Mohd Zain, 33; Siti Khadijah Ibrahim, 33, dan Muhammad Zahrin Ariq Irwan, 6 bulan.
Manakala tiga lagi mangsa, Muhammad Zahran Arfan Irwan dan Nurul Atikah Abd Aziz, 19 dan Mohd Zakuan Aiman, 6.
Empat yang lain turut tercedera pada kemalangan yang berlaku di Kilometer 53, Jalan Kota Bharu - Kuala Krai itu yang dipercayai berrtembung dari laluan bertentangan.
Sementara itu, menurut Pegawai Perhubungan Awam Bomba Kelantan, Bazri Abdul Rahman berkata, Bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 4.29 petang dan tiba di tempat kejadian 14 minit kemudian.
"Semasa tiba di tempat kejadian didapati terdapat tiga mangsa yang tersepit manakala mangsa lain telah dikeluarkan oleh orang ramai.
"Anggota bomba berjaya mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit," katanya.