Foto dari Facebook Syakilla Amira
DALAM pada kita bergembira di hari raya, terdapat insan malang di luar sana yang tidak dapat berasakan nikmat menyambut hari mulia ini dalam suasana meriah penuh tawa.
Sudah pasti setiap insan yang kurang bernasib baik ini ada kisah hidup tersendiri namun melihat kesusahan dialami mereka sepatutnya cukup untuk menginsafkan kita yang mempunyai keluarga sempurna supaya bersyukur dan pastikan ikatan darah tak terlerai.
Antara kisah sedih yang Mynewshub ingin kongsikan adalah dua gambar viral yang dimuatnaik di laman sosial melibatkan dua warga emas dalam keadaan yang menyedihkan.
Pertama, gambar yang dikongsikan pengguna Facebook Runner Jer tentang seorang pakcik yang ditemui sedang berjalan kaki untuk ke Pekan Lenggong, Perak yang jaraknya 20 kilometer.
“Tadi tgah bwak keta tgah haiwey.. Ternmpak ad sorang pkcik jln kaki sorang2.. Ak tergerak hati nk patah balik kat pkcik ni .. Ak undur balik keta aku.. Smpi je ak tnye salam pkcik nk kemana.. Katenye nk ke pekan.. Ak terkejut gak pekan 20 km .. Xkn nk jln kaki. Aku pelawa die naik keta ak. Terus berair air mata die.. Die ckp terima ksih nak.. Ak pulak yg nk ngis.. Terharu pulak.. Dlm keta borak2 skit.. Katenye die hidup sebtang kara. X de spe2 .. .. Sebak aku di buatnye…. Sampai 1 masjid die suh berhenti katenye disini rumah pkcik.. .. .. Kesianye.. Nk ajk pkcik ni mkn kedai tutup sbb hari raya.. hulur la skit ape yg ak ada.. . sape2 yg terjumpe pkcik ni sedekah la doa atau ape2 ye .. Lokasi lenggong perak.. Ya ALLAH permudahknlah perjalanan hidup pakcik ni..amin.. Selamat hari raya pakcik sya gerak dulu…”
Manakala satu lagi gambar, dikongsikan pengguna Facebook Syakilla Amira tentang pengalaman mengejutkan terjumpa seorang makcik sedang merangkak di tepi jalanraya sambil menggunakan kerusi untuk bergerak. Bila ditanya katanya nak ke rumah anak saudara. Sedihnya…
“Onderway balik kampong subuh nih,ternampak makcik ni tgh merangkak tolak kerusi tepi jln raya,kesiyan sgt tgok dia,dia bgtau nk g rumah ank sdare,hantar kan dia dlu..terpaksa la ptah balik,yang ade mak tu syg lah mak kome ea..Smbong perjalanan balik..”
Moral daripada perkongsian gambar ini, hargailah keluarga anda terutama ibu bapa dan saudara mara yang sudah tua kerana pada usia emas di mana kudrat tak lagi seberapa, hanya belas ihsan anak-anak termasuk anak buah yang dapat bantu menceriakan mereka menghabiskan sisa hayat yang ada. – MYNEWSHUB.CC