Sunday, July 12, 2015

Kerani hilang selepas pulang dari klinik


SHAH ALAM – Seorang kerani wanita sebuah syarikat pengedar motosikal di Ampang  hilang sejak tiga hari lalu apabila tidak pulang ke rumah selepas waktu bekerja.

Nik Siti Salsabila Juhan, 22, anak keenam daripada lapan beradik berasal dari Setiu, Terengganu disahkan hilang oleh kakaknya, Nik Siti Nurhidayah, 27.

Nik Siti Nurhidayah memberitahu, dia menghantar adiknya ke pejabat selepas membawanya ke klinik tengah hari Jumaat lalu.

“Malam sebelum tu Salsabila diserang histeria sampai badan dia jadi lemah. Tapi dia berkeras nak bekerja juga keesokan harinya.

“Pada waktu rehat saya hantar dia ke klinik, saya suruh ambil cuti sakit tapi dia tak mahu dan mahu ke pejabat semula," katanya.

Bagaimanapun, Nik Siti Nurhidayah berkata, selepas waktu bekerja jam 6.30 petang adiknya itu masih belum pulang ke rumah.

“Lebih kurang jam 7 malam saya pergi ke pejabat dia dan tanya kawan sekerja. Tapi mereka beritahu adik saya tak masuk pejabat pun selepas jam 2 petang.

“Sabtu lepas jam 2 petang saya laporkan kehilangan Salsabila di Balai Polis Pandan Indah. Sampai sekarang masih tak ada khabar berita mengenainya," katanya.

Menurut Nik Siti Nurhidayah, Salsabila baru enam bulan tinggal bersamanya di Pandan Indah selepas tamat pengajian dalam bidang Diploma Kejuruteraan Mekanikal Tekstil di Politeknik Seberang Perai dan dia memilih untuk bekerja sambilan di sini.

“Saya cuma risau keadaan kesihatan sebab Salsabila kerap pengsan akibat histeria. Saya akan cuba jejaki dia menerusi CCTV di pejabatnya,” katanya.

Nik Siti Nurhidayah juga merayu mereka yang mempunyai maklumat tentang adiknya itu agar menghubunginya di talian 017-3475332.

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon