Monday, July 13, 2015

Tips Berbelanja Ketika Mengunjungi Plaza Low Yat


PLAZA Low Yat memang terkenal sebagai syurga membeli belah barangan berkonsepkan IT di Kuala Lumpur.
Ia adalah ‘port’ pilihan orang ramai yang mahu membeli produk IT ataupun mencuci mata melihat peranti dan gajet terbaru di pasaran secara fizikal.
Namun banyak khabar angin mengatakan tidak semua barangan yang dijual di sana adalah seratus peratus tulen kerana mungkin terselit produk ciplak.
Malah insiden rusuhan semalam pada mulanya dikatakan berpunca daripada seorang pengguna yang berasa tertipu dengan gajet yang dibeli di sebuah premis di sana.
Jadi sebagai pengguna, apakah penyelesaian buat anda yang ingin berbelanja tanpa perlu risau ditipu di Plaza Low Yat?
Jom kita lihat tip menarik yang dikongsikan oleh seorang pengguna menerusi Facebook iaitu Shah Hardy, pengasas laman web TehoAis.com dan seorang yang berpengalaman dalam dunia teknologi.
tips shopping low yatMy “personal” tips to go Low Yat
1. Pakai Earphone (jangan banyak tanya, ikut sahaja, anda akan faham)
2. Jangan pergi berhenti mana-mana kedai kalau dipanggil
3. Jangan pergi ke tingkat kedua, saya gelarkan ZON MERAH (banyak kes pengguna kena tipu di sana, pergilah di bahagian pertama)
4. Untuk barangan komputer dan laptop, sila ke tingkat 3. Saya amat menyarankannya! Jayacom, Viewnet (tingkat 4) Walaupun salesman mereka sedikit sombong,  dan premis Thunder Match (tingkat 5)
5. Nak beli gajet yang lain, cakap terus ada bajet berapa. Tidak perlu nak cakap macam itulah, macam inilah. Nanti panda-pandaila dia cadangkan kepada anda.
6. Jangan sesekali percaya apa yang jurujual kata, they’re not expert, they just want to sell. Ingat tu.
7. Low Yat was not a place to buy cheap gadgets. Itu adalah myth semata-mata.
All prices are NORMAL, ana ada juga yang expensive. It depends. tapi sekurang anda senang nak cari barang yang anda betul nak beli.
If you guys have any question, you can message me. I can help. InB4, im agent Samsung and Ambi Pur.
-MYNEWSHUB.CC

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon