GAMBAR seorang lelaki yang menunggang kuda ke tempat kerjanya telah mendapat perhatian masyarakat pengguna laman media sosial.
Lelaki yang juga ahli Kelab Jockey Wuhan telah menarik perhatian orang ramai yang berada di Xiongchu Avenue dengan kudanya yang setia itu.
Dia memberitahu sumber, kebiasaannya dia memandu kereta ke tempat kerja namun hampir setiap hari terlewat kerana kesesakan lalu lintas yang teruk.
Sejak daripada itu, dia telah memutuskan untuk tidak memandu kereta sebaliknya menunggang kuda kesayangannya.
Disebabkan itu dia dapat tiba ke tempat kerja pada waktu yang sepatutnya.
Memang terbaiklah jalan penyelesaian yang dia gunakan ini, apa yang penting inisiatifnya untuk sampai awal di tempat kerja itu patut dipuji.
Bukan seperti segelintir masyarakat yang seboleh-bolehnya mencari alasan untuk masuk lewat ke tempat kerja, siapa yang makan cili, dia terasa pedasnya. Agensi/MYNEWSHUB.CC