Monday, December 21, 2015

Dulu Mafia, Sekarang brader ni jadi Imam Masjid di Jepun



Kalau sudah tiba masanya diberikan hidayah oleh Allah S.W.T, tidak kira siapa, apa perkerjaan dan bangsa sekalipun, masa itu tetap tiba.

Itulah yang terjadi kepada Taki Takazawa, lelaki Jepun yang dulunya badan dipenuhi tatu dan kebetulan pernah bekerja sebagai pencacah tatu selama 20 tahun untuk kumpulan kongsi gelap 'terkemuka' Jepun iaitu Yakuza.  




Beberapa tahun lalu, Taki Takazawa berubah 360 darjah setelah menerima hidayah Allah. Semuanya bermula apabila beliau bertemu dengan seorang lelaki di Shibuya. Lelaki yang ditermuinya bernama Sheikh Niamatullah dan dikatakan pernah menjadi imam di Masjid Nabawi, Madinah.

"Pertemuan pertama kali saya dengan Sheikh Niamatullah itu secara tidak sengaja di Shibuya. Sheikh tersebut mengenakan baju dan serban bewarna putih dan memberikan sekeping kertas kepada saya dan meminta saya membaca apa yang tertulis di atas kertas itu bersama dengannya. Tulisan tersebut adalah kalimah Syahadah," ujar Taki, yang kini menggunakan nama Islam, Taki Abdullah.

Kali kedua bersama imam terbabit lebih manis. Imam itu memintanya menjadi imam untuk sebuah masjid kecil di kawasan Kabukicho, Tokyo.




Sebelum dia memegang peranan sebagai imam di masjid tersebut, Taki telah melaksanakan ibadah haji pada tahun 2008 di atas jemputan kerajaan Arab Saudi dan belajar agama selama beberapa bulan di kota suci Mekah.

Berikut, ialah petikan kata-kata Taki Abdullah tentang dirinya memeluk Islam yang buatkan Abang Ohsem kagum:

"As I born, I was already a Muslim. I am now 39 years old (kini berusia 42 tahun). For 35 years I was a 'Sleeping Muslim' and then four years ago I woke up. It is a gradual process, something happened, I became Muslim. It is not somebody forces me to wake up; it is not that I use my alarm clock. Still it was a very nice waking."


-ohsem.la

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon