Friday, December 4, 2015

Remaja maut digilis selepas jatuh di lebuh raya Utara-Selatan


ALOR GAJAH: Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila badannya hancur digilis beberapa kenderaan selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 219.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, tengah malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam itu, mangsa, Mohd Shahrul Fitri Ahmad Said, 20, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC dipercayai merempuh belakang sebuah treler dipandu Mohd Yusri Yusof, 45, di lorong kiri jalan. 

Akibat perlanggaran itu, mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka terjatuh lalu digilis beberapa kenderaan. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf, berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat, sebelum dituntut oleh ahli keluarganya. 

Katanya, siasatan awal mendapati, ketika kejadian pemandu treler terbabit terdengar dentuman kuat di bahagian belakang kenderaan berat itu. 

"Mangsa yang terbaring di tengah jalan kemudiannya digilis beberapa kenderaan lain dan mati di tempat kejadian ," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon