Monday, December 21, 2015

Guru Wanita Maut Terkena Tayar Lori Bauksit Tercabut, Pemandu Lori Dicari


KUANTAN, 21 Dis: Seorang guru wanita maut apabila kereta yang dipandunya terkena tayar tengah lori yang membawa muatan bauksit yang tercabut di Jalan Pintasan-Pelabuhan berhampiran Sungai Karang, di sini pada petang Isnin.

Pengawai Turut Trafik Pahang, DSP Ahmad Nazri Zainal dalam satu kenyataan berkata mangsa, Nohaili Ahmad Zabidi, 40, adalah seorang guru di sebuah Kebangsaan Balok.

"Kejadian berlaku pada pukul 3 petang apabila tayar tengah sebelah kanan lori yang dari arah Kuantan menghala ke Pelabuhan Kuantan itu telah tercabut dan terpelanting ke bahagian hadapan kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan.

"Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan penumpang hadapan kenderaan berkenaan cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Namun pemandu kereta tersebut yang berusia 42 tahun tidak cedera," katanya sebagaimana laporan Bernama.

Nazri turut berkata polis kini sedang mencari pemandu lori tersebut yang mana syarikat dia bekerja beralamat di Puchong, Selangor, kerana dipercayai melarikan diri sejurus kejadian.

Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengakutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang pemandu lori tersebut diminta menghubungi balai polis. -Siakapkeli.my

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon