Monday, December 21, 2015

Kebakaran 6 buah kereta di Amcorp Mall, dipercayai angkara khianat

Kejadian 6 kereta terbakar di Taman Jaya berhadapan Terminal RapidKL Taman Jaya, Petaling Jaya. - Foto Nik Hariff Hassan

PETALING JAYA: Kebakaran yang memusnahkan enam kereta di tempat letak kereta Seksyen 52, berhampiran Amcorp Mall di sini, tengah hari tadi dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata pihaknya bagaimanapun masih menunggu hasil siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sebelum membuat kesimpulan berhubung kebakaran itu. 

"Kalau difikirkan secara logik adalah mustahil bagaimana enam buah kereta boleh terbakar dalam satu masa sekiranya berlaku kecuaian manusia atau masalah berkaitan elektrik sehingga berlakunya kebakaran. 

"Namun kita akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dari semua sudut sebelum mengenal pasti punca utama kejadian ini," katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi. Bagaimanapun, beliau menafikan kebakaran itu ada kaitan dengan dakwaan berlaku letupan bom. 

Katanya, setakat ini beliau tidak menolak kemungkinan wujud unsur khianat hingga berlakunya kebakaran berkenaan. 

Dalam kejadian itu sekitar jam 12.50 tengah hari, dua daripada enam kereta iaitu jenis Toyota Vios dan Proton Wira dilaporkan musnah sepenuhnya. 

Empat lagi kereta jenis Suzuki Swift dan Proton BLM terbakar 70 peratus, manakala sebuah Proton Gen2 dan kereta jenis Honda terbakar 20 peratus. 

Sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Jalan Penchala yang tiba pada jam 1.09 tengah hari dapat memadamkan api dalam masa hampir setengah jam.


Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon