Mana-mana pasangan yang mahu berkahwin semestinya mendoakan jodoh mereka berpanjangan sehingga bila-bila.
Dan bercakap tentang hal perkahwinan, semestinya ia adalah perkara yang serius, tentang perkongsian dua manusia dalam menjalani sebuah kehidupan bersama.
Namun ketika mengambil keputusan untuk berkahwin itu, apakah kedua-dua pihak menghayati dan mendalami perasaan dan komitmen yang bakal dipegang nanti.
Wanita ini, Azmira Amran bercerita bagaimana teman lelakinya membuka minda tentang makna sebuah ikatan perkahwinan yang seharusnya difikirkan oleh kita semua.
Bahawa perkahwinan itu bukan kerana mahu berkahwin semata-mata, atau hanya kerana perasaan cinta semata-mata. Sebaliknya ia tentang pilihan pasangan dan tanggungjawab. -Siakapkeli.my