Thursday, December 31, 2015

Gadis Dakwa Diculik Ditemui Selamat Oleh Pihak Polis Di Banting


Misteri kehilangan seorang gadis bernama Nur Amirah yang menjadi viral di laman sosial di mana beliau menghubungi keluarganya mendakwa dia telah diculik oleh dua orang lelaki India nampaknya sudah terjawab.

Pegawai Penyiasat, Insp.Ahmad Tarmizi bin Umar ketika dihubungi oleh Siakapkelimengesahkan gadis berkenaan telah dijumpai kira-kira jam 10 malam semalam di Banting.

Menurut Tarmizi, kejadian berkenaan adalah hanya lakonan dan rekaan gadis berumur 14 tahun berkenaan semata-mata apabila dia ditemui bersama seorang lelaki berbangsa Cina yang dipercayai teman lelakinya.

Berita ini juga disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman Twitternya.


Manakala Twitter Berita Harian juga telah mengaluarkan kenyataan ini di mana agensi berita itu juga mengesahkan Nur Amirah dijumpai di Banting kira-kira jam 10 malam semalam.


Selain berita harian Twitter agensi berita Sinar Harian juga telah mengesahkan hal yang sama.


Pada 30 Desember lalu, tersebar di laman sosial rakaman suara seorang gadis yang dirakam oleh kakaknya dimana rakaman suara yang dipercayai milik Amirah tersebut mendakwa dia diculik telah mencetuskan kegemparan.

Kerana terlalu risau akan adiknya itu, keluarganya telah menghebahkan rakaman tersebut kepada media untuk meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Amirah. - Siakapkeli.my

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon