Tuesday, December 22, 2015

Samun menggunakan parang di kedai dobi

Wajah suspek yang dirakam CCTV.

Gombak: Suami isteri kerugian RM6,000 apabila mereka disamun dua lelaki di kedai dobi di Bandar Baru Selayang, Jumaat lalu.

Kejadian berlaku pada 11.50 malam itu, ketika menunggu pakaian habis dicuci.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mereka diugut dengan diacukan parang.

"Suspek menaiki kereta berhenti di hadapan kedai itu sebelum menyamun mangsa.
"Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dua suspek lelaki warga tempatan memakai jaket dan topi hitam.

"Suspek mengugut mangsa sambil mengacukan parang , meminta si suami menyerahkan barang berharga dan merentap rantai leher si isteri sehingga luka sedikit," katanya.

Menurutnya, polis kini memburu dua lelaki itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.


Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon