Friday, December 25, 2015

Gambar: Kronologi nahas 4 maut babitkan lori dan bas di Jeli


JELI 25 Dis. – Penumpang yang terselamat dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dengan sebuah treler di Kilometer 124, Lebuh Raya Jeli-Gerik, dekat sini mendakwa pemandu bas berkenaan menekan brek secara mengejut sebanyak tiga kali sebelum nahas berlaku.

Menceritakan semula detik cemas itu, Thariq Salehudin Abdullah, 21, berkata, meskipun penat dan mengantuk, dia yang duduk di bahagian belakang bas bersama seorang rakan tidak dapat melelapkan mata sejak menaiki bas berkenaan dari Taiping, Perak.

“Ketika melalui satu selekoh, pemandu menekan brek secara mengejut sebanyak tiga kali dan sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, bas seperti hilang kawalan lalu bergesel dengan penghadang jalan dan terhuyung-hayang.

“Dalam masa sama, sebuah treler datang dari depan dan pemandu cuba mengelak ke kiri namun tidak sempat. Bahagian kanan bas bergesel juga dengan kepala lori sehingga remuk,” katanya ketika ditemui di Hospital Jeli, di sini hari ini.
Seorang lagi penumpang, Muhd. Amirul Yob Ali, 21, dia juga duduk di bahagian belakang dan sepanjang perjalanan dia hanya tidur kerana kepenatan.

“Kejadian berlaku sangat pantas dan ketika itu, kebanyakan penumpang sedang tidur menyebabkan kami tidak sempat berbuat apa-apa.

“Ketika terjaga dari tidur, saya ternampak rakan yang duduk di sebelah saya sudah terpelanting ke­luar. Pandangan saya turut gelap dan hanya sedar ketika berada di hospital,” katanya yang mengalami lebam dan calar di kepala dan badan.
Zati Nalia Na Azrae, 31, pula memberitahu, dia dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Bukit Payung, Marang bersama anaknya, Muhamad Shahdinie Danial Shahfarizan, 11 bulan serta ibunya, Zaiton Abdullah, 53.

Katanya, pada awal perjalanan, pemandu pertama memandu agak perlahan namun selepas pemandu kedua mengambil alih, bas berke­naan dipandu lebih laju.

“Kami bertiga duduk di bahagian tengah. Ketika bas terhuyung-hayang, saya sempat tunduk dan membongkok ke lantai sambil memeluk anak. Saya tidak fikir apa-apa kecuali mahu menyelamatkan anak semata-mata.

“Akibat kejadian ini, tulang rusuk saya sakit manakala anak saya lebam di paha. Ibu saya pula patah tulang paha dan terpaksa dirujuk ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.



Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon