Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara popular Neelofa, 26, menafikan dakwaan kononnya dia kini menjadi isteri ketiga kepada bekas menteri.
Neelofa atau nama sebenarnya Nor Neelofa Mohd Noor berkata, khabar angin yang tersebar itu adalah tidak benar sama sekali.
Neelofa memberikan penjelasan menerusi akaun Instagramnya malam tadi bagi menghentikan spekulasi mengenai dakwaan itu.
“Ini semua sangat mengarut sama sekali,” katanya.
Neelofa berkata, perkahwinan adalah perkara penting dalam kehidupannya dan sekiranya dia berkahwin, ia pasti akan dikongsi dengan semua orang.
“Tiada alasan untuk saya menyembunyikan perkahwinan. Jika berkahwin, saya memang mahu meraikannya bersama semua orang yang selama ini menyokong dan menyayangi saya,”.