Saturday, December 5, 2015

"Perginya Seorang Peminat DiRaja Saya..." - Luahanan sedih Siti Nurhaliza


5 Dis - Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza turut meratapi pemergian YAM Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil yang mangkat pada malam tadi.

Menerusi twitternya Siti menulis "Al-Fatihah ..Perginya seorang peminat DiRaja saya..Patik akan selalu kenang YAM Tunku Laksamana Johor.Terlalu banyak kenangan manis.."



Melihatkan status dari Datuk Siti ini terus mengingatkan penulis kepada satu video duet antara Almarhum dan Datuk Siti di dalam sebuah wad di hospital yang mendendangkan lagu "Salam Terakhir" yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

Dalam video pada tahun 2014 itu, Tunku Abdul Jalil dilihat duduk di atas katil sambil berduet dengan Siti dan disaksikan oleh kakitangan hospital tersebut.




Kemangkatan Tunku Abdul Jalil dirasai segenap rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Johor yang tidak putus-putus mengucapkan takziah atas pemergian Almarhum.

Almarhum Tunku Abdul Jalil disifatkan sebagai seorang yang begitu dekat di hati rakyat selain sifatnya yang merendah diri dan tidak putus dengan senyuman. - Siakapkeli.my



Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon