Saturday, December 26, 2015

Wanita Sempat Tulis Wasiat Minta Urus Jenazahnya


MERUNTUN jiwa… seorang wanita warga emas sempat meninggalkan surat wasiat memohon pertolongan daripada orang ramai untuk menguruskan jenazahnya apabila dia meninggal dunia.
Ini kerana, anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) bisu, tidak mampu berbuat demikian.
Surat milik, Bibi Meherniga Abdul Hamid, 71; yang menetap di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Kangar 1, Perlis ini sekali gus menjadi viral menerusi laman-laman sosial.
Lebih menyayat hati, Bibi yang meninggal dunia pada Selasa lalu tidak diketahui anaknya, Imran Jhinkur, 53; dan hanya memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa ibunya sedang sakit pada Khamis lalu.
Penduduk kampung yang kemudiannya melawat ke rumah arwah mendapati wanita itu telah meninggal dunia.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Indera Kayangan, Muhamad Zulkefli Mokhtar, 52; berkata nota terbabit ditemui di dalam beg tangan milik arwah semasa petugas Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar mencari dokumen pengenalan diri mengenai si mati.
“Memang (wasiat) itu ialah tulisan tangan arwah makcik Bibi… awal tahun ini, arwah ada memanggil saya untuk bincang mengenai masa depan anaknya, sekali gus bercakap soal pengurusan jenazahnya sekiranya dia tiada kelak.
“Dia bimbang anaknya mungkin tidak tahu untuk menguruskan jenazahnya dan berharap jiran tetangga dapat membantu… namun begitu saya sendiri tidak tahu kewujudan nota terbabit,” katanya.
Arwah yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka, Khamis lalu. – MYNEWSHUB.CC

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Comments


EmoticonEmoticon